Isnin, 2 Mac 2009

MASIH DALAM KEMELESETAN

Cerita kemelesetan ini sudah terang dan bersuluh,clear and understand.walaubagaimanapun sebagai hamba yg diuji oleh penciptanya,maka redhalah apa sahaja yg berlaku.
Dahulu waktu senang sebenarnya diuji juga,tapi jarang kita sedar dan perasan.
Bagus juga krisis ini menempias kita kerana boleh juga sedar dgn cepat, perubahan drastik dlm hidup pun bermula..
Salah satunya kita akan berjimat dlm belanja,dan pandai pula merancang utk menabung..yang berkereta sudah mencari motor secondhand utk transport ke tempat bertugas..Seterusnya kita pun sudah mula pandai membawa bekal untuk pergi kerja..yang hisap rokok dah mula tukar kpd jenama murah,tiada lagi motto gaya,mutu,keunggulan utk hisap rokok..sekarang,asal boleh keluar asap,jadilaah..nak berhenti,tapi hati tak bagi..

Krisis ini tak tahulah bila akan berakhir,kalau perubahan drastik di atas boleh dilakukan pd waktu ini,lakukan lah terus kalau boleh..dan anggaplah hidup ini sebenarnya berputar seperti tayar..tapi la ni kita berada di bawah dan jem pulak tuu..