Pekerjaan yang paling mulia adalah bekerja sendiri, dan semua orang tahu rezeki itu adalah 9/10 datangnya dari perniagaan tidak kira apa jenis perniagaan samada direct berjual beli, ternakan, bertani dan 1001 jenis perniagaan lagi selagi ia berlandaskan hukum syarak jual lah apa sahaja yang boleh selagi orang mahu membeli.
Cuma mengapa dulu buat-buat tak tahu untuk bekerja sendiri dengan berniaga, sebut berniaga sahaja terasa malu, lebih-lebih lagi berniaga kecil-kecilan di tepi jalan, kalau orang tengok tak ada standard, kononye... sebenarnya malu tak bertempat, duduk sahaja dikedai kopi tidak bekerja tak malu pulak, jadi pak pacak tak malu pulak. Sebenarnya bukan apa, hanya tidak mahu merasa sedikit susah dan ingin merasa jaminan setiap bulan mendapat gaji walaupun jumlahnya tidak seberapa. Tetapi dengan keadaan ekonomi yang merudum dan semua tauke-tauke industri sudah mula rasa pening-pening dan sengal di belakang tengkuk disebabkan oleh perniagaan kurang hasil jualan, tauke-tauke mula mengecilkan perbelanjaan untuk diselaraskan dengan hasil jualan.
Maka setelah puas mengecilkan overhead, jalan yang paling akhir sekali mengurangkan head seramai yang boleh supaya head yang berwarna biru, ungu, merah tidak banyak untuk diberikan kepada head yang sedia ada. Kini barulah sedar langit tidak selalu cerah, menjadi pekerja industri bukan jaminan untuk terus rasa senang walau hakikatnya tidak lah senang sangat. Apabila berlaku seperti ini adakah baru sedar mahu berbakti kepada tanah? Ingatlah manusia memang berasal dari tanah, ke dalam tanah juga akhirnya. Sebenarnya hidup adalah ujian semata-mata, mudah-mudahan dengan apa yang berlaku kita semua fikir-fikirkan dan bermuhasabah sebelum terlambat.
Supaya dengan apa yang berlaku sekarang dijadikan iktibar dan titik tolak kepada perubahan diri dan tidak terlalu angkuh dengan kebolehan manusia, pada hakikatnya manusia itu hanyalah hamba, sepandai pandai manusia tidak boleh memastikan ekonomi sentiasa baik.
Sabtu, 28 Februari 2009
Setakat mana kepandaian manusia
Dicatat oleh daunhijau di Sabtu, Februari 28, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan