semalam baru balik dr kg,nampaknya suasana berubah juga..tali air yg semakin kering,pokok2 pu banyak yg mati,hutan diteroka oleh org berada,mat rempit juga ada di sini..waah kg dan bandar tiada beza dlm pengaruh,cuma jarak sahaja yg jauh..
dlm pd duduk di serambi rumah..tirai kenangan menyerlahkan sekurun ingatan..
kebun bapa diraduk kawan2 untuk bermain kombat..dgn senjata buatan sendiri aku pn lupa apa namanya yg letup2 tu..permainan bermusim baik budak laki atau pempuan.
mangsanya ialah halaman rumah keluarga aku..apa saja mainan..baling tin,polis entry(nama btul aku tk tau),zero point,lastik getah,main guli,bola sepak,rounders(mainnya mcm besbol) dan mcm2 yg aku tk tau nk sebut di sini..tk kurang juga pertelingkahan kecil krn tidak puas hati dlm keputusan,maklumlah..kalah..dah la nak beli barang mainan guna duit belanja sekolah..himpun 2 hingga 3 hari,tewas pulak tu..bengkek la kawan,,
hujan mula turun..meragut kenangan,menyedarkan dari lamunanku.
kenapalah budak2 sekarang baik di kampung pun dah tak kreatif macam dulu?
kalu di bandar tu boleh lah diampun..semua pakat2 main permainan moden.
aku tengok di kampung ni..budak2 dah pandai modified basikal2 dia orang,ni lah wajah2 perempit on future..nampak senior pakai motor laju2,aku rempit kayuh dah ler..barangkali le pikiran budak2 ni..
kalau ditanya kondang kondi,galah panjang atau permainan di atas tadi,mungkin ada yg tk tau kot..harap2 budak2 ni jgnlah buat org kampung mengamuk sebab buat jahat kecil kecilan spt curi ayam,curi buah kelapa sawit(bukan bakar kebun kelapa sawit)..maklumlah itu semua jadi duit kalau dijual..nak modified basikal pon tinggi modalnya..
yer lah..semu itu ada baik dan buruk,buka minda,mana2 yg baik,ikut terus,yg tak baik,buang terus..aku pun dah di panggil pakcik,kena tunjuk2 yg baik la pulak..
Rabu, 28 Januari 2009
hampir tiga dekad
Dicatat oleh daunhijau di Rabu, Januari 28, 2009
Label: kisah zaman daun masih muda
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
ade budak burn palm oil x bro
bro aku ingat daun hijau dah bertukar jd daun keringla
aku pun pikir yang sama. anak anak aku dah tak reti main permainan zaman kita kecik2 dulu. itu pasal aku sekarang ajar mereka main layang2 dan guli... permainan yg ada unsur pergerakan tubuh..dapat menyihatkan badan.
Catat Ulasan