Betul kah ada?atau strategik permainan perdagangan gerombolan kapitalis?Nak dikatakan tidak wujud,sudah tersebar luas ke merata benua..mengapalah pulak tiba-tiba dalam waktu kalam-kabut dengan ekonomi,global warming,index flop,sosio-politic uncondusive dan berbagai2 nakbah,datang pulak penyakit yang tidak diundang ini..
Adakah virus ini dicipta untuk mempromosi sesuatu equipment..? Jawapannya ya atau barangkali..yang paling laku dalam pasaran ialah alat temperature detector yang berada di setiap lapangan terbang di seluruh dunia untuk x-ray setiap penumpang yang tiba atau pulang dari mengunjungi negara2 luar..mungkin ada kerjasama dari teknokrat2 barat ini untuk membuat marketing dalam masa keadaan huru-hara kecil..seperti peribahasa Melayu lama..menangguk di air keruh..peralatan ini amat mahal,oleh kerana untuk keselamatan..makanya setiap negara yang mempunyai lapangan terbang akan membeli..dengan sebab itu stok lama sudah clear..what's next mission..no body knows..
Selasa, 19 Mei 2009
VIRUS
Dicatat oleh daunhijau di Selasa, Mei 19, 2009 1 ulasan
Ahad, 29 Mac 2009
LANGKAH YANG PERLU
Dalam menghadapi kesan-kesan pergolakan ekonomi dunia,masih ada celah-ruang untuk survive..itu pun kalau rezeki menyebelahi takdir sesaorang..
Sesiapa ada kerja sila jaga baik-baik.
Sesiapa ada duit sila jangan boros.
Sesiapa ada masa sila mula cara untuk berkebun dan memelihara ayam itik.
Sesiapa ada tanah sila mula bercucuk tanam. (t.tiub)
Cubalah gunakan empat rukun di atas,moga-moga ada hasil di hujung usaha..
Dicatat oleh daunhijau di Ahad, Mac 29, 2009 2 ulasan
Label: 4 rukun baru
Isnin, 2 Mac 2009
MASIH DALAM KEMELESETAN
Cerita kemelesetan ini sudah terang dan bersuluh,clear and understand.walaubagaimanapun sebagai hamba yg diuji oleh penciptanya,maka redhalah apa sahaja yg berlaku.
Dahulu waktu senang sebenarnya diuji juga,tapi jarang kita sedar dan perasan.
Bagus juga krisis ini menempias kita kerana boleh juga sedar dgn cepat, perubahan drastik dlm hidup pun bermula..
Salah satunya kita akan berjimat dlm belanja,dan pandai pula merancang utk menabung..yang berkereta sudah mencari motor secondhand utk transport ke tempat bertugas..Seterusnya kita pun sudah mula pandai membawa bekal untuk pergi kerja..yang hisap rokok dah mula tukar kpd jenama murah,tiada lagi motto gaya,mutu,keunggulan utk hisap rokok..sekarang,asal boleh keluar asap,jadilaah..nak berhenti,tapi hati tak bagi..
Krisis ini tak tahulah bila akan berakhir,kalau perubahan drastik di atas boleh dilakukan pd waktu ini,lakukan lah terus kalau boleh..dan anggaplah hidup ini sebenarnya berputar seperti tayar..tapi la ni kita berada di bawah dan jem pulak tuu..
Dicatat oleh daunhijau di Isnin, Mac 02, 2009 0 ulasan
Label: redha dlm dugaan
Sabtu, 28 Februari 2009
Setakat mana kepandaian manusia
Pekerjaan yang paling mulia adalah bekerja sendiri, dan semua orang tahu rezeki itu adalah 9/10 datangnya dari perniagaan tidak kira apa jenis perniagaan samada direct berjual beli, ternakan, bertani dan 1001 jenis perniagaan lagi selagi ia berlandaskan hukum syarak jual lah apa sahaja yang boleh selagi orang mahu membeli.
Cuma mengapa dulu buat-buat tak tahu untuk bekerja sendiri dengan berniaga, sebut berniaga sahaja terasa malu, lebih-lebih lagi berniaga kecil-kecilan di tepi jalan, kalau orang tengok tak ada standard, kononye... sebenarnya malu tak bertempat, duduk sahaja dikedai kopi tidak bekerja tak malu pulak, jadi pak pacak tak malu pulak. Sebenarnya bukan apa, hanya tidak mahu merasa sedikit susah dan ingin merasa jaminan setiap bulan mendapat gaji walaupun jumlahnya tidak seberapa. Tetapi dengan keadaan ekonomi yang merudum dan semua tauke-tauke industri sudah mula rasa pening-pening dan sengal di belakang tengkuk disebabkan oleh perniagaan kurang hasil jualan, tauke-tauke mula mengecilkan perbelanjaan untuk diselaraskan dengan hasil jualan.
Maka setelah puas mengecilkan overhead, jalan yang paling akhir sekali mengurangkan head seramai yang boleh supaya head yang berwarna biru, ungu, merah tidak banyak untuk diberikan kepada head yang sedia ada. Kini barulah sedar langit tidak selalu cerah, menjadi pekerja industri bukan jaminan untuk terus rasa senang walau hakikatnya tidak lah senang sangat. Apabila berlaku seperti ini adakah baru sedar mahu berbakti kepada tanah? Ingatlah manusia memang berasal dari tanah, ke dalam tanah juga akhirnya. Sebenarnya hidup adalah ujian semata-mata, mudah-mudahan dengan apa yang berlaku kita semua fikir-fikirkan dan bermuhasabah sebelum terlambat.
Supaya dengan apa yang berlaku sekarang dijadikan iktibar dan titik tolak kepada perubahan diri dan tidak terlalu angkuh dengan kebolehan manusia, pada hakikatnya manusia itu hanyalah hamba, sepandai pandai manusia tidak boleh memastikan ekonomi sentiasa baik.
Dicatat oleh daunhijau di Sabtu, Februari 28, 2009 0 ulasan
Khamis, 19 Februari 2009
Suasana kehidupan Malaysia kini
dunia kan dah heboh tentang ekonomi tak stabil,pembuangan pekerja,modal tak balik untung,global warming,peperangan gaza dan macam2 peristiwa suka duka..
tapi negara kita masih steady,macam tak de benda..tgk lah..negara2 lain dah sibuk declare kemelesetan dan ada plan tindakan kecemasan..tapi malaysia masih berani mengatakan 'our fundamental is strong'..macam tak keluar dari tempurung ayat ini..
apa yg malaysia sibukkan?political agenda..yg masih tak sempurna dasarnya,bermula 8mac08!
itulah titik permulaan sibuk2 sendiri ini..lihat shjlah both party,sama ada pemerintah atau pembangkang..sudah dekat satu tahun election berlalu tapi,calon yg dipilih masih belum lagi melakukan duty utk rakyatnya..mereka saling tuduh menuduh,fitnah memfitnah,korek mengorek personal interest..semuanya bertujuan utk jatuh menjatuhkan lawan masing2..malah yg lebih dahsyat,sanggup menggunakan istana kononnya utk merampas balik negeri yg jatuh ketangan sebelah pihak..apa yg terjadi kpd rakyat di bawah yg bergelut dgn kemelut ekonomi melanda ini?adakah wakil2 tadi membuat bancian keadaan semasa?tidak dan belum sama sekali,mereka berpendapat,nak hidup senang,usahalah kuat sikit..rakyat aku akan jumpa 5 tahun sekali..sebenarnya poltik adalah untuk berkuasa,tiada lagi niat untuk charity..gua tembak lu,lu tembak gua..siapa tersungkur dia out..tgk lah..banyak lagi peristiwa mengarut akan timbul untuk mewarnai political standing negara kita..who dares,win..
Dicatat oleh daunhijau di Khamis, Februari 19, 2009 0 ulasan
Label: keadaan Malaysia kini